Monday, December 31, 2007

HAPPY NEW YEAR.. 2008

HAPPY NEW YEAR TO ALL MY FRENS...
MAY YOUR DREAMS COMES TRUE NEXT YEAR
SEMOGA BEROLEH KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN..

- SALAM SAYANG DARI KAMI SEFAMILY -

SELAMAT TINGGAL 2007...

Xtvt Ujung Minggu

Gambar2 ni masa kami g Wedding anak Tuan Radzuan kat Ampangan Seremban. Gambar2 lain terlupa nak snap sbb sebok borak. Heheh... yang pak we baju putih tu Josley, driver boss aku, kebaya itam tu Suhana.. dua-dua single, saja je aku kenakan diorang.. heheheh...










atas tu plak gambar xtvt anak2 & lauk yang aku masak ujung mingg bila erk??? lupa lah.. heheh.. (kes peram gambar la ni) Menu: Lala Masak Lemak, Sambal Terung Telunjuk + Ikan Bilis & Ikan Sardin Goreng!

Kenduri Alang...

My sis-in-law buat tahlil untuk arwah kedua2 mak pak mentua dia yang genap 20 tahun meninggal. Kenduri tu gak merangkap doa selamat untuk anak ketiga dia yang dah selamat "dikorbankan dot dot dotnyer" cuti sekolah haritu.
Kenduri ni buat kat bawah flat in law aku kat Desa Pandan. Oleh kerana dia buat Jumaat malam Sabtu, dan aku plak kerja hari tu, so aku masuk shift petang la aka shift basuh pinggan dan mengemas sbb menantu & adik badik pompuan yang lain dah bersinsing lengan since pagi.. :)


Dunia Basah...

Dah banyak minggu dah since biras aku call ajak g Wet World sbb dia dapat few free entrance tickets. So, last minit we decided to go on d same day we all nak renew permit bibik. Sbb itu je hari yang sesuai dan cik abang aku ni boleh cuti.
Pukul 7.30 pagi we all dah keluar rumah, terus g imigresen kat PBD untuk renew permit bibik. Gomen biasalah, ada je masalah, bila time cik abang aku g kat kaunter bayaran untuk bayar duit permit tuh, time tu la komputer dorang hang! bengong betul. Benda yang boleh setel dlm masa 30 minit jadik dekat 1 jam setengah. Lepas setel semua, kami g breakfast dulu since nak tunggu bro-in-law aku abis cuci darah around 10 gitu. We meet each other at the entrance kat Wet World tu lebih kurang 12.30 tgh.
Erna as usual la, kalau dah jumpa air, mana nak ingat makan, balik semua.. Penat aku tunggu dia enjoy ngan cousin dia semua.. Around pukul 6.30 p.m. gak lah baru kami semua bertolak balik. Singgah kejap rumah in law aku sbb budak2 semua lapar dan hari tu mmg ada pasar malam kat area umah in law aku.
Moh tengok gambar2 kami berendam sakan kat Wet World haritu.. Tukang jaga beg2 semua my bro-in-law sbb dia sorang je yang tak join kami... hehehe...










Sunday, December 30, 2007

Aidiladha kami...

Malam Aidiladha kami bertolak balik ke umah my auntie kat Kuala Selangor, sbb my mum, bro & sis semua raya kat sana. Aku still keje hari tu, tp boss bagi cau awal around 3 ptg.. sampai umah siap2kan barang & anak2, tunggu "my hero" balik kerja then lepas Maghrib keluar rumah, singgah kedai untuk dinner dulu, lebih kurang dalam pukul 9.30 mlm bertolak ke sana.... jalan punyalah jem.. percaya tak percaya, pukul 11.45 mlm baru kami sampai sana. Bertalu2 si Pathir call tanya kat mana, risau sbb tak sampai2 lagi.. padahal bukan jauh mana pun! Mata pun dah layu, nasib mak aku dah bentangkan toto & tilam bagai, masuk je rumah terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
Pagi esoknya menggelupur bangun sbb aku dah janji ngan mak aku nak kirai roti jala, ingatkan nak buat sekilo tepung jek, mak aku bebel cakap mana cukup..! hahaha.. mmg pun... anak aku je kang dah berbelas keping makan.. sudahnya buat dekat 2 kilo lebih, sampai laki aku dah balik semayang raya, roti jala tak abis kirai lagi.. tu pun guna 2 kuali tau.. kalau satu kuali jerk.. alamat sampai petang la kirai tak abis... Buat berjam2... bila dah siap, mak ai.. tak sempat petang.. licin!
Seronok dapat raya kat kampung cenggini, tambah2 dengan semua sepupu2 aku ada... meriah & kecoh umah.. tp still terasa la "kehilangan arwah pak lang aku" sbb dulu masa dia ada, kalau dapat je kaki lembu nih, dia terus bersihkan, bakar pastu buat sup.. dah siap, semua pakat lawan sedut sup kaki tu pakai straw!.. hahahah.. tu la kenangan...
Lepas Maghrib kami siap2 balik ke KL.. yo lah, den bolum ngayo lagi ngan in law den... hehehe.. kena la fair ngan square kan? walaupun tak berapa square, sbb kat umah mak lang aku berpuluh jam, g umah in law aku tak sampai 2 jam.. pastu cabut balik umah... ala sekali sekala kan yang kan.. kan... kan.... bukan selalu pun aku dapat celebrate raya kat umah mak lang aku cam nih!
till then, cuci la mata korang ngan gambar2 kaki lembu yang "terkorban" nih... :)






Thursday, December 13, 2007

Bila nak abis..

Sejak dari Perhimpunan BERSIH then dengan HINDRAF la plak haritu, hari-hari ada je orang berhimpun, ada yang dalam group kecik, group besar, siang malam.. hai.. letih la... bila nak abis daaaaaaaaaaa....

nak share cerita kat sini pun tak berkesempatan.... anyway, ni gambar2 during Dinner haritu...





Taraaaaaaaaaaaaaaaaa.... my new PC dan printer... hehehe.....


till then... cau cin cau..

Monday, November 26, 2007

Aku yang Cbuk!

Ada orang antar komen, kata blog aku nih dah berabuk... wakakakaka... siap nak tolong vacuum lagik tuh.. alamak tuan... den bizi la yang... tp takkan ko rindu kat aku lagi kan Hamy??? kita baru je dating kat CKT aritu ngan c Lesungkan??? tp kalau ko rindu, meh le kita g merambu lagi.. c Lesung tengah mabuk beger & fries depann Petronas tu hah...hehhehehe. Start dari lepas cuti raya aritu, masuk ofis je sebok ngan dokumentation orang nak naik pangkat la, temuduga la, sebok ngan nak setelkan outstanding elaun2 yang patut aku dapat, Ops itu lah, Ops inilah.. reformasilah.. dan ntah apa-apa lagi lah... lotih den..


Benda yang paling aku termissed sangat-sangat ialah nak call si cik adik Loyer kat Astro tu hah... pekabo u? Sorry lah yang, dari haritu i janji nak call tp ofis time tak sempat la.. very d full... Petang balik kerja kecoh ngan anak2 pulak.. Ni bibik aku baru balik last weekend... boleh la luruskan badan sket bila balik umah. C Sal kat Gombak pun dah majuk ngan aku, sbb bila dia call ofis, aku tak sempat pun nak layan berborak ngan dia... sian dia.. nak ngadu nasib pegilah dia call kawan2 lain.. sorry la Sal, mmg i betul2 bizi...


Keh, meh la korang cuci mata ngan gambar2 "LAMA" yang aku tak sempat2 nak masukkan kat sini hari tu.. gambar2 ni masa time g open house yang amatlahhhhhhhhhhhhh banyak... sampai tak terpegi.. pegipun kat rumah2 yang rapat2 betul je..



singgah kat Istana Negara sbb Harry Boy aku sebok nak tengok kuda...





Ebab demam...


Open House kat umah boss aku....




tengah bagi duit raya kat anak2 buah yang tak berapa "kecik"..


anak Erin yang melalak nak ajak balik, tp bukan balik umah, balik ke TESCO...



Sekian, sehingga bersambung lagik... cau cin cau...

Thursday, November 1, 2007

Mari Naik Bot!

Aktiviti: Memancing di atas bot.
Tarikh: 16 Oktober 2007 (Selasa)
Masa: 7.00 malam - 7.00 pagi hari Rabu
Tempat: Tengah Lautan
Sepupu hubby aku - Abang Gori baru beli bot.... so hari raya hari tu, bila dah berkumpul kat umah kampung, dia borak pasal bot, pasal mancing.. pastu ajak semua sepupu2 dia sapa2 yang nak ikut g memancing atas bot dia raya ke-4 nanti. Yang lain2 tak moh ikut sbb dorang semua mabuk laut.. kwang..kwang..kwang.. Alhamdulillah la, aku ni mmg jenis tak de mabuk2 nih... So, sbb first time nak ke tengah laut naik bot nih.. budak2 semua aku tinggalkan kat umah.. next trip la kalau ada rezeki baru aku bawak..
Kami bertolak dari Pantai Kelanang. Aku sorang je pompuan yang ikut.. pasal aku mmg suka laut... laut ni dah jadi sebahagian daripada xtvt aku bila balik kg. time2 raya masa aku kecik2 dulu.. So termasuk aku, ada la dlm 12 orang kat atas bot tuh.. termasuk anak buah sorang. Tujuan utama ikut bukan la sbb nak memancing sangat pun.. saja je aku menyebok.. tp best la trip ni..boleh tido, boleh masak, ada tempat semayang, ada toilet, ada tmpt lepak.. macam2 lah.. dah plan dah next trip coming soon, sbb aku tengah "melobi" kat semua adik badik dan ipar duai aku ajak join sama.. hehehe..

Ikan Belacak

Bot-bot kat Pantai Kelanang



Hari dah gelap, carik lubuk guna alat nih..


Paman Jemin yang terpoyo.. janji pukul 2.30 ptg , pukul 7.oo ptg baru muncul.. hampeh.. Aku cakap kat dia, next trip, aku dah 'blacklist' nama dia, sbb melanggar arahan Nakhoda!! kah kah kah kah.. senyum sumbing je dia bila aku cakap..

Leonardo Di Kaperiok..



Paman Salleh yang mabuk teruk, sampai tak larat bangun.. sudahnya duduk je lepak tengok laut.. kami pakat sakat dia... angin je memberrrrr...



Atas: Kapal bawak besi/pasir... Bawah: Kapal penunda kapal bawak besi/pasir...

Ikan yang dapat.. aku bawak balik mana yg aku suka jer...


Ikan todak kesukaan Erna..

Thursday, October 25, 2007

Happy Birthday!!!!

- NUR IRDINA ZAHIRAH -
DATE: 21 OCTOBER 2007 (SUNDAY)
TIME: 3.00 P.M.
VENUE: CHERAS, KUALA LUMPUR

Besday girl with adik..

Kek Erna... Strawberry Chocholate Cake..


Kek Poji..
Erna & Poji tengah tunggu masa nak tiup lilin..


dari kiri - mak Lang, ayah Lang, angah pa'an, amirul, mak teh, mak usu, nenek & ebab.


kawan-kawan, atuk & wan.

Atuk JJ bacakan doa..


yeaaaaaaaa.. time to blow the candle..






Harry Boy pun tumpang sekaki...


Ebab buat hal... melalak, sbb nak potong kek gak..

melalak sampai merah-merah muka...


ayah Wahab tengah borak ngan Atuk kat luar..



Ibu Jiah, Wan Alang, Auntie Farah, Cik Ayu & Acu Pathir...

Lesung & hubby..


Jasmine (baju biru) yang tak nak masuk dari mula sampai, sampailah masa nak balik... heheh.. main ngan Ebab & Aqilah kat luar..