Monday, June 16, 2008

Kerja & kerja....

Sebab dah lama sangat tinggalkan ofis, harini bermulalah episod baru penyesuaian diri dengan bilikku yang telah lama ditinggalkan.. huhu... dalam erti kata lain, aku belum dapat feel dan mood nak kerja balik... hahaha...
dari pagi, waiting list nak jumpa boss panjang betul, telefon berdering-dering. Aku dah muak la dengar bunyi tepon kat opis nih... tu belum lagi sms sms dan call yang menjerit dari henpon aku. Isnin selalu macam tu, sorang tak datang, sorang amik off, sorang masuk lambat, macam2 hal.
Lagi satu aku frust ngan JPA nih, apa punya cut cost ntah, aku pun tak paham... dorang punya rules baru betul2 mengecewakan aku lah... malas nak citer, buat sakit ati jerk...
BILA LA AKU NAK JADI BILLIONAIRE ERK????? TAK YAH KERJA DAH!!! hahaha.... insyaallah....
ada lagi gambar2 aku nak upload kat sini.... nanti la bila aku dah senang2 sket. Gambar2 tu byk dlm henpon aku... nak sync dia tak berkesempatan la tadi.
till then...

Sunday, June 15, 2008

Apa cerita aku?

Kawan-kawan aku semua bising dan tertanya2 kemana aku menghilang, sebab aku sepi tanpa khabar berita... hahahah... yang emel, emel, yang sms, sms.... aku ni dah la jenis malas taip sms... Baru kejap tadi si Lesung sms aku gak tanya khabar.... dia ngan si Hamy rindu kat aku la tuh.. muahahaha... rindu eh??? jom g lepaking kat pot baru tu.... ada brani???
Disebabkan ramai nau yang nak tau kenapa dan apa yang membuatkan aku sepi tanya cerita, meh le aku story sket kat sini eh...
1) sebelum cuti sekolah, aku memang bizi giler2 punya... since dapat news yang Kementerian nak datang buat Audit PENGURUSAN... (sila ambil maklum ye, aku ni duduk kat Jab. Pengurusan!!!!). Program dorang ni digelarkan Program Naziran. Banyak la menda yang aku kena buat sampaikan aku kena datang ofis even on Sunday dari pagi sampai 8 malam... korang bayangkan???? Anak2 aku dah macam tak de mak bapak dah.. dah la daddy jauh outstation, mummy pun bizi gak mengalahkan KPN.
2) Lepas habis Naziran Kementerian tuh, sebok pulak ngan mesy. nak letak penempatan baru untuk Insp.2 baru & lama kat Kontinjen ni hah. Banyak2 kerja, bila bab2 nak buat penempatan ni la yang paling mencabar kesabaran. Letih giler!
3) Pastu aku balas dendam. Amik cuti sebab kebetulan cuti sekolah. Mak Lang aku ajak ronda-ronda Langkawi. Minyak, transport & feri ditanggung sepenuhnya. So aku dan kazen aku cuma tong-tong bayar Chalet dan van kat Langkawi jerk.. Aku amik cuti seminggu (termasuk sabtu dan ahad).
4) Last day aku kat Langkawi, satu sms masuk berbunyi gini - kak, boss soh akak sambung cuti sampai Jumaat sbb boss pun tak de. 2 hari tu dia bagi off. Hahahaha.... cuti sakan la aku kan.
5) Last day aku cuti, i.e. Jumaat yang diberi off tuh, satu lagi sms masuk berbunyi bergini - Kak, akak kena kursus seminggu mulai next week kat Putrajaya.... Yehaaaaaaaaaaa........ ni dah kira enjoy lebih pada katak nih....
6) So, last week dari Monday - Friday, aku berulang alik la ke Putrajaya. Pergi dari ofis berhantar, balik dari sana pun berambik. heheheh...
7) Lastly, kesimpulannya.... Esok yakni Monday, bersamaan 16hb Jun, mulalah aku kembali dengan rutin-rutin kehidupan yang lalu..... huhuhu...
Kepada Lesung & Hamy... hayatilah hikayat hidupku. Sorry la bukan tak nak reply sms, tp pjg sangat la nak citer thru sms.. hahahhahha
Buat Akla & her new born baby boy.... TAHNIAh & semoga sihat2 hendaknya. - Kawan aku ni dah bersalin dah sebulan lebih, pun aku tak sempat2 lagi nak g tengok... sorry la fren.. hope you understand. Muahhh...

Ultramannnnnnnnnnnn.....

Sunday last week, bawak Ajiq ke Sg. Wang, bukan nak shopping pun sekadar memenuhi impian Ajiq untuk berjumpa dengan KAWAN dia.... hahahaha.. giler babas punya mahal dorang charge, sekeping gambar saiz biasa bersama KAWAN Ajiq tu berharga RM12.00!!!! Rasanya since ada Ultraman nih buat show kat Sg. Wang nih, Canon tak payah jual kamera2 dia pun dia dah untung ribu riban... kerja senang jer...



Saturday, June 7, 2008