Sunday, July 29, 2007

Erna & Bas Sekolah!

Semalam Erna sekolah ganti untuk cuti hari raya nanti. Sekolah sesi petang start awal drpd biasa @ 12.10. Aku call owner bas sekolah, dia kata bas akan dtg amik pukul 12 cam biasa. Sebab line bising sangat, so aku tak dapat nak cakap banyak ngan owner bas tu dan nak bgtau sekolah start awal sket. Dari 11.40 Erna dah turun tunggu bas sampai pukul 12.15 bas tak datang2 lagi... angin satu badan aku.. sudahnya aku start enjin kereta & hantar Erna kat sekolah. Elok2 aku sampai, bas sekolah Erna tu baik punya U-turn keluar dari sekolah nak antar budak sesi pagi yang dah abis sekolah balik umah.. eeeiii.. geram betul. Sampai je kat umah, aku call owner tu lagi sekali... kena la sedas dua ngan aku.. pot pet pot pet pot pet.. siap aku sound soh drebar dia pakai henpon. gerammmmm betul.

Semalam gak bibik cuti, so mlm nanti baru g amik dia. So before hantar dia balik cuti kat Kg. Pandan aku soh dia siap2kan apa yang patut sementara aku g pasar dan balik lepas tu masak makan tenghari. Kena masak awal sket sbb Erna nak g sekolah kan.

Menu semalam..


KURMA AYAM

IKAN BELAH/SUMBAT BELAKANG (belum goreng lagik..hehe)


Sayur Lobak Putih Goreng Bercili

Tuesday, July 24, 2007

Rezeki...

Boss aku pompuan, tp alhamdulillah.... baik & very the sopan santun... cakap or tegur pun penuh diplomasi...ye lah orang HR la katakan.. heheheheh. Before this aku kerja ngan boss pompuan but bangsa asing.. and this is the first time aku kerja with malay lady selain si cik akak sayang sorang yg kat ASTRO tu... (Yanggg.... i miss u... boss i ni baik like you tau.... heheheh...)
Dari first day aku start kat situ, hari2 dapat jajan... (Yang - kan i dah kata.. cam u jugakkan??? baik hati..) Hari ni dia dapat 5 biji kuih bakar yg cam bunga tu dari KPD Tampin.... Satu dah potong makan kat opis, pastu dia siap tapaukan lagi untuk bawak balik... hihihihi.. rezeki kan..
oh lagi satu... esok orang gomen dapat gaji baru tau... uwaaaa... bestnya....

Monday, July 23, 2007

Tempat Baru, Kerja Baru

Lama tak update blog, sejak dah sampai rumah awal aku jadik lagi malas lak nak ketuk keyboard.. leka tengok tv.. hehehehe.. biasala petang2 kan.. macam2 adaaaaaaaaa :)
Rutin skrg, sampai je rumah - mandi - solat asar - tengok tv.. hehehe.. best..best...
kerja? best & happy... so far so good. Tapi tak leh citer banyak la.. kang free2 je kena ISA 2 tahun... hahahahaha....
till then...
ops... japp.... ni aku nak bagitau... ada beberapa orang yang aku rindu..
1- geng otai aku.. (woi, bila mau jumpaaaaa daaaaaa????)
2- the kepoh's girls... (aku rindu korang weiiiiii..... adus... dah lama tak cukupkan haul nih.. hahah)

Sunday, July 22, 2007

Pool @ Serendah

Hari minggu bawak budak2 ni g mandi kat pool.. tak puas diorang nak enjoy... kesian, sbb belum 1 jam mandi, hari pun hujannnnnnnnnn..... sudahnya siap2 pack, mandi, siap2 dan terus zoommmmm.... cabutttttt.... tapi bila sampai rumah... laaaaaa... elok je cuaca terang benderang.. ceh...
ni gambar "hero junior" aku.. gambar2 lain tak leh nak donlod, entah apa pasal ntah.. terkena virus selsema kot laptop nih.. bikin hati panassssssssssssssss jerr... nntilah nak try lagi..



Tuesday, July 17, 2007

Izinkan Ku Pergi....

Hari ni merupakan hari terakhir aku kat firm ni, sedih gak nak tinggalkan kawan2.... tapi "teruja" gak untuk mulakan hari2 baru kat tempat baru esok. Esok??? hak ah.. esok dah kerja... tak de gap nak rest.. ingat leh la lepak2 dulu barang seminggu dua.... :( Tak pe.. rezeki kan.. rezeki jangan ditolak... heheheh...

So for the final entry during my stay kat firm ni, i just wanna say "THANK YOU, THANK YOU & THANK YOU".. Especially to my kepoh2 girls during lunch time - "THANK YOU" - for the farewell party yesterday, "THANK YOU" - for the gelang lip lap lip lap & the brooch, To Kak Saleha's group - "THANK YOU" for the cute handbag... i likeeeeeeeeee... To my boss - "THANK YOU" - for the nice vase, "THANK YOU" - for all your guidance, understanding & patience and for being such a coooooollllll boss.

Last but not least... once again, to my friends... "THANK YOU" for being a good friends to me!!!

Enjoy the songs yeah!...





Crystal Vase from my 'cool' boss.

Cute handbag from Kak Saleha's group.
Gelang lip lap lip lap.."Hitam itu Menawan" Brooch..

Chocolate Cake for Double Celebration - Belated Birthday & Farewell


Card from the "Kepoh2 Girls"







Monday, July 16, 2007

Ebab & Hantunya..

Salam & good morning!!! :)

Semalam the whole day we all dok umah jerk, nak balik kampung Batang Kali pun malas & letih, so harini hero aku balik kampung tu sat sbb nak jengok anak yang 2 ekor tu... heheh.. sbb nya yang letih sangat pasal Saturday lepas ada wedding my neighbour's son belah siang harinya dan dengan kenduri arwah 100 hari uncle "my hero" kat Langat. Malam tu balik dari kenduri arwah, sampai rumah hampir pukul 1.00 pagi. 2 heroin dan 1 hero aku dah awal2 belayar dan dan masuk kereta. Mana taknya dok berlari jer satu banglo malam tu, main tak ingat dunia. Satu benda yang aku terkilan sket sbb cadangnya lepas kenduri nak singgah ke kubur my grandmom.... dari haritu aku teringat2 kat dia.. rindu lak rasanya.. sbb aku perasan macam my sis-in-law kata kenduri lepas asar.. rupanya lepas isyak! hehehe.. aku salah dengar la tu.... bila dah sampai rumah auntie my hero tu, banyak lak kerja nak buat kan.. so terus tak keluar2 rumah sampai la orang masjid datang untuk tahlil. Masa on d way balik hero aku tanya nak singgah tak kat kubur? aku kata kalau tak bawak anak aku on jerk.. tp sbb ada budak2, malas la kan.. kang takut lak apa2 jadi.

Seharian kat umah, kami semua ada kerja sendiri, Ena dengan latihan sains dia, hero aku ngan kerja buat chartnya, aku?? masak, bagi anak & laki makan, pastu masak lagi untuk minum petang, pastu dah letih, godek laptop main internet hehehe... bibik ngan kerja2 harian dia la, menggosok, lipat baju bagai, Harry Boy aku, seperti biasa la mengemas, berlari, memanjat, melompat.. tido kejap pastu bangun sambung balik xtvt dia.. Dan yang paling best.. Ebab la, aku soh dia tulis 1 2 3, mula2 mmg dia tulis, pastu bila aku leka.. ni la hasilnya...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"GAMBAR HANTU BU!" katanya... sabo je aku... pastu kami pakat gelak ramai2.. sbb kelakar tengok dia lukis hantu.. wakakakaka.. yang best dia siap kata, ada hantu "poan" (perempuan), nenek dia, ayah dia & adik dia. erkkkk... hantu pun siap ada keluarga erk... betullah si Ebab ni..


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Chicken's Chop Mummy Ina.
yum yum.. sehingga menjilat jari... hahah...

Thursday, July 12, 2007

Petai oh Petai..

Sebenarnya gambar petai ni dah lama aku amik, tp lupa nak post kat sini. Satu hari yang indah tu aku nak masak lauk permintaan En. Hero aku tu.. Sambal Udang + Petai. So biasanya aku akan potong/hiris 2 petai tu, dan Ebab akan tolong kopek keluarkan isi dia. Tengah2 aku dok menghiris/belah 2 petai tu, aku jumpa yang ni...





Orang kata kalau makan benda2 yang dabel aka kembar ni nanti sok dapat anak kembar.. ye ke? dah bermacam2 benda kembar aku makan, tak gak dapat anak kembar.. dongeng la semua tu kan??? yang pasti tu semua kerja Allah swt erk... so tak yah percaya sangat.. kang terpesong aqidah plak.. hehehe..

My - Part 2

My Family...



Monday, July 9, 2007

Citer Minggu Lepas...

(PLEASE IGNORE THE DATE AT THE HEADING UP THERE... -Hello tu dah ditaip since Monday, tp citer dia baru disambung harini.. sbb tu heading dia kuar "Monday" heheh..)

Hello.... emm.. dah hari Rabu dah hah baru ada kesempatan nak update blog. First aku nak letak satu slogan for Isnin - "Bizi Day", Selasa "Mak Janda kecoh @ poyo Day", Rabu - "Tunggu & Lihat day.." wakakakak.. korang tak yah tau la kenapa.. tp yang pasti semlm satu mak janda kat sini sudah kecoh... apa dia ingat dia besar kat sini boleh suka2 hati je nak bambu orang tak tentu pasal.. ntah hapa hapa ntah... bukannya aku report kat dia.. hek eleh.. tak pe.. ada lori ada bas.. ada hari kau akan terbabas... aiman tak kisahhhhhh.. lantak ko la orang giler.. Kot kot la kan kalau dia terbaca ke blog aku ni satu hari nanti.. pesanan untuk dia "IF U WANT PEOPLE TO RESPECT YOU, PLEASE LEARN HOW TO RESPECT PEOPLE FIRST!!!!" Moral of the story.. aku memang dah menyampah ngan dia since my first year here.. and I've been toooooo tolerate with her for the past 3 years okay... and that's it. Lupakan citer tuh.. meh kita cuci mata tengok gambar2 aku kat course last week.


FYI, they all surprisekan aku ngan satu birthday celebration pada hari Rabu malam Khamis minggu lepas.. since my birthday falls on Monday, the first day of the course tu... with the 'Coklat Kek 2 Tingkat', with the Birthday Song, + other surprise.. hampeh.. aku terkedu cam Cekodok Basi masa tu depan kawan2 & adik2 seramai 73 orang.. tu tak termasuk urusetia & penceramah tu... uwaaaaaaa.. Terharu mawi & M.Nasir aku malam tuh.. So, aku boleh kategorikan yang malam tu sebagai "Kenangan Terindah" aku la sepanjang aku hidup nih.. hehehe.. Gambar2 besday aku tak de, sbb ye la, camner nak amik gambar kan sbb aku yang nak tiup lilin & potong kek.. so, aku dah request kat Mr. Cameraman aka En. Rohaizat. later2 aku post erk bila dah dapat.

To all my friends yang sent smses, emails, phone calls (walaupun ada yang aku tak leh nak jawab sbb masa tu time ceramah..) and etc... THANK YOU VERY MUCH... THANK YOU FOR YOUR TOTS, TQ TQ.. FROM DEEP OF MY HEART. Jommmmmmm... tengok gambar...