Monday, April 30, 2007

Erna's Sport Day!

Semalam 29.4.2007, Erna's Sport Day, so today dia cuti!

Mari Cuci Mata!

Meh lerrr cuci mata! cantik kan??


korang agak apa benda nih? mainan? hahhaha.. salahhhhhhhhhh... yang cantik, kiut miut, kalerful nih ialah benda yang boleh dimakan! yezerrrrr.. IT IS A CAKE!!! mana nak dapat? hah korang g la kat Shangri-La!


peringkatan: sila bawak duit "sefull briefcase" for this cake yeah!

kiut macamni.. nak makan pun sayang!

special for "Mother's Day!"

Friday, April 27, 2007

Royal Family...

Semalam masa on the way balik dari ofis, cam biasa la kan lalu ikut shortcut, masuk ikut pintu belakang Shangri-La kat Lemon 2 Go tu, and keluar ikut entrance kat depan tu.. tp smlm aku singgah jap kat toilet dia.. sajalah kan sesekali g toilet stylo, free lak tuh.. hehehe..(tp sebenornya toilet kat opis aku ni hah dorang (managemant bulding) g kunci! bodo betul.. nak cuti, korang cuti je la, yang pegi kunci toilet tu pekejadahnyer.. korang tak tau ke kami ni semua ter'over' rajin, sampai hari Pertabalan pun kami sanggup "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"!?) - heheheh.. ni ayat orang tension, sbb kena kerja.. hihihih..

so back tu the story, heheh.. terover lak iklan tadi erk! kah kah kah.. Bila kuar je kat pintu depan tu nampaklah segunung selambak berlonggok-longgok kotak2 sebesar TV 50inci, penuh ngan stiker2 kuning.. rupa2nya Sultan Brunei & kerabat punya barang-barang daaaaaaa... termasuk his 2nd wife punya. No wonder la dia datang berdua je ngan 1st wife sbb ada orang nampak his 2nd wife ni tengah shopping kat Starhill sambil ditemani oleh her bro, mum, son, guards and nurses last 2 days.. rupa2nya 2nd one dah cuti-cuti mesia dah in advance! hehehe.. how wonderful!!!! So, the 2nd wife punya barang2 pun sampai sekali bersama2 dengan her hubby and her "honey" - "madu" omputih kata apa hah? ala malas la nak check dictionary, ttba aku terblur plak tak dapat that "word" lantaklah.. hantam sajalah blalang... heheh.

dalam hati dok berkata gak "apa kebenda la yang dorang angkut erk dari Brunei tu kemari, just to spend 3 - 4 days kat sini?" tp who cares kan, balaci ramai leh buat semuat tu.. (emm.. keh lah.. nak berangan jap....)









(credit to forum.cari)

Wednesday, April 25, 2007

Don't Know Why..

hahah.. korang terima je la erk.. harini hari bosan so aku gila letak lagu.. tp sukati aku la kan.. blog aku.. korang suka ke tak suka ker.. aiman tak kisahhhh... tp i can gerenti u, u will fall in love with this song! heheh..

ni lagu feberet aku..



nak dengar lagu nih.. g "play" kat bawah ni..

Bukan Diriku..


nak dengar lagu nih? g kat bawah ni..

Tuesday, April 24, 2007

Hari Ini Hari Selasa..

Pagi - Jeng jeng jeng.. ada interview kat dot dot dot.. biarlah rahsia.. dari kol 8 pagi tercongok kat sana, kol 11.15 baru panggil.. 2 orang sekaligus.. emm.. so far so good, harapan cerah.. tunggu je lah.. hahah..

Tengahari - masuk office dah kol 1.10 p.m. Tapau nasi, and join the Makan's club kat tingkat bawah.

Petang - bizi sampai la ke petang.. ni baru setel kerja.. so before balik terasa cam nak update blog, dan.. taraaaaaaaaaaaaaaaaa... ni la hasilnya.. titipan blog yang hampeh. pada pukul 6.55p.m. ni hah... hahahah..

babai.. nak cau tp bos panggil lagik.. uwaaaa..

Friday, April 20, 2007

Cerita Semalam & A Gift From Singapore...

19.04.2007 - After office hour smlm, me & the other 3 Otai's geng gather kat Sg. Wang, first because Klin ada Parkson voucher nak redeem.. 2nd sebab nak amik duit aku kat klin, and 3rd saja2 gather sbb lama tak jumpa.. which is the 3rd one is actually the main reason wherelse yang lagi first 2 reason tu secondary reason je benornyer.. kih kih kih.

Anak dara 2 orang tu baru balik frm Singapore last 2 weeks - cuti cuti Singapore la konon.. woi.. Mesia pun tak abis jalan lagi tau.. stylo milo je lebey eh! hahaha.. so aku dapat la small
"CEDERAMATA" - sbb sakit ati tak dapat ikut kan.. kalau tak dia jadik "CENDERAMATA" hehehe...
so disebabkan si Ecah lambat - **&^%$# almost kol 7 mlm baru dia sampai !!!! (janji melayu kol 6! see see!!) Mak cik sorang ni lambat bukan apa, dia kena kemas "OPISTENA" dia tu sbb esok nak renovation, and esok (harini) dia cuti - DIA KATA LARR.. diulangi.. DIA KATA LA KAN.. hahahah.. - terima je la alasan tu, walaupun entah apa-apa.. So we all ber-3 ronda2 satu Parkson, and finally, klin dapat apa yang dihajati.. "Em.. masak sesedap eh Klin.. pastu panggil saya dtg bagi marks!" hahah.. Ecah calling2 kata dia dah ada kat Sg. Wang, yang peliknya we all betul2 dpn entrance Sg. Wang.. tak nampak lak dia.. dah kat mana lak minah nih.. Edisi Siasat pun dijalankan.. siasat punya siasat... hek leh....... dia kat 1st Floor, ceh! Mak cik sorang ni mmg tau, kalau berjanji ngan dia, kat tmpt lain kita plan, kat tempat lain dia tunggu.. hampeh pisang tul lah! So after we managed to catch Ecah, we all proceed to "Old Town Coffee House" kat 2nd Floor, emm... not bad la, Coffee dia mmg marbeles... nasi lemak = 5*, meehoon curry = 5* gak, tp Tom Yam dia & apa benda lagi satu tu.. hor fun hor fun la bunyik dia.. = OUT.. Ko pun satu Cah, makan kat Kopitiam g order TomYam apakejadahnyer!! hek eleh.. over la minah Bengkok nih! tau la kerja ngan Siamese!

Pot pet pot pet jam pun dah pukul 8, while waiting for "Pria Terhebat" si Ecah sampai untuk join makan, "Hero" aku pun dah calling2, dia dah tercongok kat entrance Sg. Wang & dia malas nak masuk, so soh aku kuar je. emm.. trus balik.. yang benornya dia letih, sbb baru balik otstesen 2 hari... muahahahaha.. tu pasal.. lagi plak hati dia dah sampai umah sbb Ebab dah asik sebut2 dia dari smlm, dan dia lak terkilan sbb lupa nak kiss & salam anak dia before g otstesen..

Sampai umah, as usual, si cilik sebok with his "ntah apa apa ntah" punya xtvt, c Ebab dah berlari kat daddy dia sambil pot pet pot pet tanya itu ini.. rindu la tuuuuuu... and anak dara sorang lagi tu.. dah bantai bongkang kat sofa.. tp best part dia leh terjaga tu kol 9.30 sbb nak tengok citer "SUSUK" boleyyy??? pastu tak pasal2, mummy dia lak kena temankan budak 2 org ni tengok citer tu pasal citer tu a bit of menyeramkan.. hek eleh.. sabo je lah.. Fine! Ingatkan dah abis citer tu, abis la beban.. lek eleh.. 2 beradik ni leh merayu la plak lepas tu nak tido kat bilik mummy & daddy!!! alasan dorang.. - takutttttttttttt!!! ha.. tu la.. tu belum lagi tengok "Jgn Pandang Belakang", lagi seram orang kata.. emm.. rasanya kena batal je la niat nak tengok citer tuh.. mau karang berbulan2 budak2 tu nak menyempit kat bilik mummy dia! Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeee..... we need privacy occay!!! hahahaha...

Thursday, April 19, 2007

The 30 Minutes of Ajiq!

Semalam sambil melayan si Ajiq sementara bibik & kakak2 dia semayang maghrib, sempat la snap gambar2 "activity ntah apa apa ntah" si Ajiq ni hah... memang patut la kalau bibik aku tu letih ngan si cilik nih..

mula-mula dia main bangku kecik tu hah.. ditendang2 disepak2, pastu dia pakat pijak2 plak..


pastu dia beralih lak kat TV - ntah apa yang dia tenung.. dia tengok muka dia kot kat TV, ni nasib TV tu tutup, kalau TV tu "ON" mmg gitu la cara dia tengok TV, seinci je jarak mata dia ngan TV, pening betul nak ajar dia soh dok jauh sket.. sambil tu korang tengok kaki dia tu... abis bakul toiletries pun dia bawak main.


pastu dia geram nak kejar henpon ibu dia nih.. tu yang dia "tenung" semacam je tuh!


dah boring sepak tendang tenung bagai, dia start la mengumbah majalah, tu ntah mana la dia dapat majalah tu.. bawah meja makan rasanya..

yo yo or jer, cam pandai baca! eksyen lebey wooooo..


dah boring menyepah, dia repair lak keter mainan dia..


yang ni emmm.. tak tau la nak describe.. aksi "mat rempit" jatuh keter kot?? kih kih kih..


dah penat, dia makan..


sambung balik merempit.. pakai helmet tuh.. - untuk keselamatan!
(kih kih kih kih aku gelak time nih..)



Penat "merempit" dia merepair balik keter dia..


korang tengok penat tak? ibu dia ni tengok pun penat.. tu baru 1/2 jam.. cer la bayangkan camner bibik layan dia seharian... patut la kurus kering bibik aku tuh.. emm.. so niat aku nak dok rumah kena la cancel erk!

Wednesday, April 18, 2007

Cat Baru, Wajah Baru....

Since semalam giler mengodek blog, tukar sana tukar sini, klik sana klik sini, copy sana paste sini and so on.. hahaha.. try and error la kan.. yolah.. akak bukan teror pun bab2 command IT nih.. buta IT tol.. tp kata orang.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan betul tak? and hasilnyaaaaa.. taraaaaaaaaaaaaaa.. akak suka! berbaloi 2 hari aku godek blog nih! hehehe.. kerja kerja gak.. bos cabut g meeting, aku pun meeting la ngan blog ni plak.. kih kih kih..

emm.. atas tu gambar last Monday.. kengkonon instructor tengah soh anak buah semua xcercise la lepas makan.. haru betul, tengok tu hah, si Ajiq pun tak mo kalah nak join gak.. terkangkang2 dia nak ikut rentak kakak2 dia xcercise kat umah yang sekangkang kera tu hah.. emm.. ni nak citer.. Komuter Rawang - Rasa will officially start this coming Saturday! Apa lak kena mengena ngan korang kan?? tp Yahooooooooo... akak suka! so emm.. boleh la pikir2 next plan lak.. plan apa? biarlah rahsia! ahaks! Masa dok taip2 entry ni kuar lak lagu Amy Mastura - CINTA tu.. Ena suka betul lagu tu.. tp mmg best kan.. hepi jer dengar.. tak heran la budak2 kecik pun pandai nyanyi lagu tu..


ni gambar yang diemail oleh Sis Ella, ntah apa motif dia amik gambar aku nih.. sabo jelah.. reason dia, nak amik gambar dari depan tp hujan! emm.. wokey la.. diterima la alasan ko tu kak!

Anyway, lagi satu.. kalau ada sorang minah Penglipurlara tu baca entry nih pesanan buat dia "Alo cik akak.. tak reti2 ke nak kasi email address baru tu?? hamboi.. tau lah dah glamer cam Artis skrg! ooo.. lupa kat aku la tuh.. belasah kang!!" hahaha..

Cau dulu.. nanti sambung lagi.. ada emergency la! kih kih kih..

Thursday, April 12, 2007

Saturday Nite Fever!!!

Assalamualaikum..... hellooooo.... lama tak update blog, bizi gilos!!! gila pun tak bizi cam nih.. wakakaka...

Sabtu lepas, by rite I should go to one gathering kat Putrajaya, tp di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.. tak jadi pegi.. sorry geng! mmg tak de rezeki la nak jumpa kawan2 serperjuangan.. cewah! hehehe...

Last week mmg our bizi/full of event week lah.. we all balik ke "home sweet home" kami ni after breakfast, morning of Saturday. Malam tu lak ada tahlil, marhaban & cukur jambul my neighbour's cucu. Tp akak ko ni tak pegi, antar wakil jerk @ my "hero" je pergi... akak ko tengah giler potong pola baju kurung & potong kain malam tu.. YAHOOOOOOOO... akak dah pandai buat baju kurung! jangan jeles!!! sampai pukul 2 pagi kor, menjahit tengah2 malam buta aku nih.. sian neighbour2 aku... sorry ye kak, abang, pak cik, mak cik.. hehehe.. orang tengah kemaruk mmg camnih! kih kih kih.. the best part, bila kawan2 akak kat situ tanya "mana si X?", leh hero aku tu jawab "Diakan faratik AF, tu hah tengah melangok tengok AF kat umah!" sabo je lah.. !*&#$&&@%... grrrr... you drop my waterface lah honey... hehehe tp best gak kan konsert AF minggu lepas tu.. ada peningkatan lah.. heheh.. akak siap bawak mesin jahit depan TV you... wakakakakaka....

Ahad tu plak, dari pagi lepas siapkan breakfast budak2 tuh, akak dah menyinsing lengan ke rumah jiran sebelah tu hah.. sampai la ke petang, kol 5! balik umah pun 2 kali jerk untuk solat.. padahal rumah setapak je jauhnya.. tp sbb tetamu berduyun2 tak berenti... rezeki tuan rumah la gamaknya.. alhamdulillah.. yang tak tahannya panasnya ya rabbi... musim siang panas, petang ujan kan skrg? tp petang tu tak ujan la plak.. emm...

Ok lah, ni nak share gambar pengantin, anak my jiran yang lelaki tuh, Husny, wife dia nama Dila.. Selamat Pengantin Baru guys! pengapit dia korang tau sapa? tu hah, Juara Cari Menantu TV3, si Danish ke Daniel nama dia? lupa dah, ngan wife dia Adawiyah eh kalau tak silap. Gambar dia lupa nak snap.. ala bukan dia yang pengantin kan? hehehe... tp dorang mmg glamer la aritu, tak renti2 orang amik gambo ngan mereka berdua..




Hidangan "expresso kedai mari" for lunch Sabtu aritu...


Ni lak, petang tu rasa cam kemaruk nak makan laksa.. so mengodek laksa lah plak akak ko nih.. sempat lagi tuh.. tp gambar laksa yang dah siap as usual.. - lupa nak snap! hahahah.. effisyen tak akak ko nih? heheehhe


sebungkus jerkkkkkkkkkk??? cukuplah kan.. for our family of 5! Ajiq bukan leh makan pun..



korang nak tengok ker hasil kerastangan akak menyiapkan selai baju? nnt erk, esok2 I snap snap for you ozz eh... belum siap 100% lagik pun sbb kebizian la katakan.. heheh.. chiaoooo..

HAPPY BIRTHDAY SWEETHEART!!!

Semalam 11.4.2007 genap la si Ebab tu 4 tahun.. emm.. kejap je rasanya dia dah besar.. so nite before tu, her daddy tanya, "adik nak apa?", jawab Ebab "adik nak bedey to you ngan barbie doll jerr.." which "bedey to you" to referring to cake lah.

So, smlm balik kerja, beli la apa yang patut dan masak yang ringkas2 jerk, bila sampai umah Ebab tengah tido, tup tup bila dia bangun jerk, dia terus bukak peti ais, bila tanya carik apa? terus kawan jawab "Ibu tak beli ke bedey to you adik??" alahai siannyer.. Lepas maghrib her daddy balik with the cake & balloon.. and dalam kol 8 gitu, ajak la kawan2 dia dtg umah dlm 7 - 8 orang celebrate birthday party dia.. sederhana je lah... tp meriah.. meriah ngan gelak ketawa budak2 ni semua.. walau tak grand mana pun, tp at least cukup la untuk menghiburkan hati diorang..



Menu of the nite: Meehoon Goreng Singapore, Ayam goreng bersalut tepung, Marble Cake & Putu Piring - di taja oleh Atuk! Jajan2 & Aiskrim. Air lak, teh o dan air-air botol - pun Atuk gak yang sponsor.. hehehe...


Ajiq yang tak tentu arah tengok belon yang banyak!



My 2 heroes, my dad & my hubby!
My Kak Long!



Ebab, Dina & the gang..
Party 'terpaksa' ditamatkan pada pukul 9 malam, sbb Dina still have undone homework, and tak mo la kang esok cikgu tanya budak2 lain tuh, naper kerja sekolah tak siap? dorang lak jawab "Auntie X buat besday party Ebabbbbbbbbbbbb!!!" hahahah... lariiiiiiiiiiiiiiii

To my buah hati, Ibu dan Ayah doakan semoga Ebab jadik anak yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Semoga cita-cita Ebab nak jadik Doktor tercapai.. aminnnnnnn...

(jgn tak caya, dari dulu kalau tanya dia besar sok nak jadik apa.. satu je jawapan dia = DOKTOR! nanti ibu ayah sakit adik boleh jaga, tak penah berubah sampai saat ini! syahdu lah plak..)

Tuesday, April 3, 2007

Al - Fatihah - Markisan bin Hj. Ismail (1944 - 2007)

Petang semalam around 6 p.m., on the way balik from my office, my hubby dapat call from his brother saying that his uncle "tengah nazak".. (abang kepada my mum-in-law) But since we all ada beli barang basah sket kat HERO, so kena la balik rumah dulu. Sampai rumah, kung kang kung kang masak for my kids, then tengah-tengah setel budak2 tu makan, dapat lagi call... "Innalillahiwainnailahirojiunn.."

My hubby upset sangat... ye la.. this uncle dulu penah bela dia masa dia kecik, so rasa a bit of terkilan la sbb tak sempat tengok dia masa dia di ambang sakaratul maut. Last we all jumpa his uncle ni during 'makan-makan' last Aidilfitri haritu.. Anyway, walaupun tak dapat sama-sama mengebumikan jenazah di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan sangat sangat, at least u have done a good job honey, sebab sekurang-kurangnya dapat menguruskan segala-galanya sampai la ke urusan mengeluarkan jenazah dari bilik mayat HUKM sebelum dihantar balik ke Banting.


to his family - Wak Nah, Mak Yam, Kak Lin & Mundy sekeluarga dan Awal
TAKZIAH
dari kami semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..

The 31st...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL - BTS

That 31st pagi tu, my area ada buat perarakan sempana Maulud Nabi.. ramai jugak la yang participate, they all berarak dari dalam kawasan my area tu hingga la ke near by Masjid. Seronok gak tengok diorang berarak...





Dina & frens - wakil sekolah agama DH




PET's WEDDING!

Malamnya pulak ada wedding invitation kat Merak Kayangan.. Pet ni is my x-collegue kat sini dulu.. Anyway, to Pet & Adrin - Congrats & semoga kekal ke akhir hayat!